Posts

Latihan Soalan Novel SPM

Soalan 1 Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut.  (7 markah) Jawapan      Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut.      Antara teknik plot yang digunakan ialah teknik pemerian. Contohnya, pengarang menggambarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang  pisang. Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya. Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu.      Selain itu, teknik imbas muka juga diselitkan dalam novel ini. Sebagai contohnya, semasa berbual- bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar. Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang. Soalan 2

Sejarah Dan Asas Pemahaman Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV)

Virus ini boleh dikaitkan dengan konsep zoonosis , iaitu sejenis penyakit yang dipindahkan melalui haiwan kepada manusia. Daripada penyakit yang disebabkan oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV) , virus Ebola selesema burung, demam kepialu dan yang terbaru, coronavirus merupakan jenis penyakit berjangkit yang dibawa oleh haiwan kepada manusia. Sebenarnya, jangkitan coronavirus ini bukanlah merupakan satu penyakit berjangkit yang baru. Sejak tahun 2003 lagi telah diketahui bahawa coronavirus berpotensi untuk menjadi penyakit zoonosis yang mempunyai kebolehan untuk berpindah daripada haiwan kepada manusia. Di zaman moden ini, 2 serangan yang berlaku iaitu SARS-CoV dan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) mulai mendapat perhatian daripada masyarakat di seluruh dunia kerana penyakit ini meningkatkan kadar kematian yang agak tinggi berbanding sebelum ini. Pada bulan Disember tahun 2019, pesakit- pesakit yang masuk ke hospital, di mana kebanyakkan mereka berasal

Soalan SPM Bahasa Melayu 2019 Kertas 1

BAHAGIAN B: SOALAN 2           Pembuangan sampah adalah salah satu punca pencemaran yang semakin serius pada alam sekeliling kita. Ini disebabkan oleh segelintir masyarakat yang membuang sampah di merata-rata   kerana mereka tidak mahu bergerak jauh untuk ke tempat pembuangan sampah atau tidak mahu membayar yuran penggunaan tapak pelupusan sampah, lalu mereka menceroboh kawasan awam. Selain itu, sikap tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat yang membuang sampah sesuka hati dan tidak bermoral ini boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar.               Di Malaysia, terutamanya kawasan penduduk bandar menyumbang sekurang-kurangnya 1.5 kilogram pembuangan sampah setiap hari, berbanding 0.8 kilogram bagi penduduk luar bandar. Angka ini terus meningkat dengan pertambahan penduduk dan tahap kehidupan rakyat yang semakin baik. Pembuangan sampah sesuka hati bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan manusia bahkan juga turut mengancam hidupan laut. Oleh itu, semua pihak haruslah

Post-Test Diftong

1. Berikan maksud diftong.     = Rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas dan mempunyai satu               puncak  kelantangan. 2. Nyatakan jenis - jenis diftong.     = ai, au, oi 3. ae dikenali sebagai diftong. (Betul/Salah)     = Salah

Pre-Test Vokal

1. Berapakah vokal asas Bahasa Melayu?     = 8 vokal 2. Nyatakan huruf-huruf vokal dalam Bahasa Melayu.     = a, e, i, o, u, ǝ, ɛ 3. Berikan satu alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan huruf vokal.     = Lidah

Perkara Yang Belum Mencapai Tahap Kecemerlangan

Azalea Natasha Binti Nordin, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi Selangor Darul Ehsan. _________________________________________________________________________________ Pengarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor Darul Ehsan.                                                                                                       18 Ogos 2018 Yang Berbahagia, Beberapa Perkara Yang Belum Mencapai Tahap Kecemerlangan Khususnya Berkaitan Pelajar 1. Berhubung dengan perkara di atas, saya wakil pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia ingin                melaporkan tentang beberapa perkara yang belum mencapai tahap kecemerlangan khususnya              berkaitan pelajar. 2. Terdapat pelajar yang menghadapi masalah dalam pergaulan sosial, seperti tidak suka bergaul atau      tidak bersedia berkongsi masalah dengan rakan-rakan pelajar. Pelajar-pelajar seperti ini mestilah          dihantar untuk dikauseling oleh kaunselor. Masalah ini

Minit Mensyuarat Jawatankuasa

Minit Mesyuarat Persatuan Bahasa Melayu Kali Kedua 2018 Tarikh         :   Isnin, 9 April 2018 Masa           :  12.30 Tengahari Tempat        :   Bilik Mesyuarat 2 Kehadiran   :   Prof. Hazirah Maisarah                         - Pengerusi                       Dr. Suffian Suhairi                                - Naib Pengerusi                       Cik Azalea Natasha                               - Setiausaha                       Cik Syasya Mardhiha                            - Bendahari                       En. Ryan Foo                                        - Jawatankuasa Penajaan                       Cik Aini Nazirah                                   - Jawatankuasa Pertandingan dan Pameran                       En. Aqil Mirza                                      - Jawatankuasa Cenderahati dan Hadiah                       Cik Nurul Izzah                                    - Jawatankuasa Makanan dan Pengurusan                       En. Hatta Hasri