Perkara Yang Belum Mencapai Tahap Kecemerlangan


Azalea Natasha Binti Nordin,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi
Selangor Darul Ehsan.
_________________________________________________________________________________

Pengarah,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600, Bangi,
Selangor Darul Ehsan.                                                                                                       18 Ogos 2018

Yang Berbahagia,

Beberapa Perkara Yang Belum Mencapai Tahap Kecemerlangan Khususnya Berkaitan Pelajar

1. Berhubung dengan perkara di atas, saya wakil pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia ingin                melaporkan tentang beberapa perkara yang belum mencapai tahap kecemerlangan khususnya              berkaitan pelajar.

2. Terdapat pelajar yang menghadapi masalah dalam pergaulan sosial, seperti tidak suka bergaul atau      tidak bersedia berkongsi masalah dengan rakan-rakan pelajar. Pelajar-pelajar seperti ini mestilah          dihantar untuk dikauseling oleh kaunselor. Masalah ini membuatkan mereka terlibat dengan                masalah-masalah sosial dan gejala sosial seperti merokok, menonton perkara-perkara yang tidak          senonoh (lucah), dan lain lain yang dapat memburukkan nama universiti.

3. Sebelum masuk ke universiti mereka terdiri daripada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam                  peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun pencapaian akademik di peringkat universiti          tidak secemerlang seperti yang diharapkan. Mereka perlu diberi kesedaran bahawa kehidupan di          sekolah berbeza dengan kehidupan di universiti  kerana di universiti, mereka perlu sentiasa                  bersedia kerana markah keseluruhan terdiri daripada tugasan-tugasan  kuiz, pra-ujian dan                    peperiksaan bukan 100% hanya pada peperiksaan seperti di sekolah biasa. 

4. Kebanyakan pelajar kurang kemahiran menguasai bahasa Inggeris terutamanya pelajar Melayu            yang datang dari kawasan luar bandar. Bahasa antarabangsa seperti bahasa Arab, Jerman, 
    Perancis, Mandarin dan lain-lain juga sukar dikuasai oleh mereka. Senario ini berpunca daripada        pendedahan yang kurang terhadap penggunaan bahasa antarabangsa.

5.  Kebanyakan pelajar juga jarang mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti           yang diadakan oleh pihak universiti mahupun pihak luar yang lain. Perkara ini sangatlah perlu             diambil perhatian universiti kerana ia dapat meningkatkan dan menambah skil-skil yang dapat             membantu mereka pada masa hadapan seperti skil menguruskan alat-alat teknikal, skil berkata-           kata dan sebagainya.

6. Saya berharap agar pihak universiti dapat mengambil tindakan dan pertimbangan yang sewajarnya      dan segera untuk membaik pulih tahap kecemerlangan pelajar. Kerjasama pihak pengarah amat            dihargai.

7. Segala kesulitan amat dikesali.

Pertimbangan daripada tuan amatlah dihargai.

Yang Benar,

............tt............ 

Azalea Natasha Binti Nordin
Wakil Pelajar,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor Darul Ehsan.



Comments

Bahasa Kebangsaan

Sejarah Dan Asas Pemahaman Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV)