Soalan Tahap 2 Mac 2018

a) Bina Ayat

     (i)  alih-alih
           Mak Minah menyangka bahawa anaknya sudah pergi ke pasar, alih-alih masih tidur di atas 
           katil.

     (ii)  baik-baik
            Emak berpesan agar menjaga diri dengan baik-baik ketika berada di perantauan.

     (iii) duduk-duduk
            Kakak dan adik sedang duduk-duduk di bawah pokok mangga sambil membaca buku.

     (iv) hampir-hampir
            Amirah hampir-hampir dilanggar kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

     (v) jarang-jarang
           Sejak berpindah ke bandar, abang jarang-jarang pulang ke kampung kerana sibuk dengan 
           tugasan yang diterima.

     (vi) kira-kira
            Hari Lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.

b) Cerakinkan Ayat Majmuk
    
     Golongan remaja memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka tidak
     seharusnya diabaikan oleh ibu bapa walaupun kebanyakan ibu bapa sibuk bekerja. Oleh sebab itu,
     ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka di samping memastikan
     pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.

     (i)   Golongan remaja memerlukan perhatian.
 
     (ii)  Golongan ini juga memerlukan kasih sayang daripada ahli keluarga.

     (iii) Mereka tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa.

     (iv) Kebanyakannya ibu bapa mereka sibuk bekerja.

     (v)  Ibu bapa pula perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka.

     (vi) Ibu bapa juga perlu memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.

c) Senaraikan Kesalahan Ejaan Serta Kesalahan Dari Segi Imbuhan 

    (i) Pelajar-pelajar yang menghadapi masaalah sebaik-baiknya berbincang dengan guru kaunseling
         untuk mencarikan jalan penyelesaian.

         - masaalah = masalah
         - mencarikan = mencari

    (ii) Doktor itu memberi kejelasan bahawa kematian pesakit itu disebabkan oleh virus selsema
          burung.

          - selsema = selesema
          - kejelasan = penjelasan

    (iii) Ekspedisi Ekstrem Tujuh Benua itu disertakan pendaki yang berusia dalam linkungan 25
           tahun hingga 50 tahun.

           - linkungan = lingkungan
           - disertakan = disertai

d) Senaraikan Kesalahan Penggunaan Kata Atau Istilah Dan Kesalahan Tatabahasa

     (i) Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menyiarkan amaran keras pada para pengusaha ladang
          bahawa mereka akan didakwa jika melakukan pembakaran terbuka.

          - menyiarkan = memberikan
          - pada = kepada

     (ii) Dua orang doktor pakar daripada luar negara telah berjaya menjalankan pembedahan
           menukarkan hati terhadap Zamri.

           - menukarkan = pemindahan
           - daripada = dari

     (iii) Deretan kedai-kedai di Jalan Indah telah terbakar pada petang semalam akibat litar putus.

            - kedai-kedai = kedai
            - putus = terputus

e) Nyatakan Peribahasa Yang Sesuai

     (i) Kecantikan anak gadis Pak Ali sentiasa menjadi sebutan para pemuda di Kampung Seberang.

           - Ambil hati

     (ii) Orang kaya itu kerugian besar kerana batu zamrud yang disangkanya berharga rupanya palsu.

           - Orang yang tamak selalu rugi

     (iii) Ali sentiasa diingatkan oleh keluarganya supaya pandai memilih pasangan hidup yang sesuai
            dengan keadaan keluarga mereka yang miskin.

            - Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Comments

Bahasa Kebangsaan

Sejarah Dan Asas Pemahaman Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV)