Latihan Soalan Novel SPM
Soalan 1 Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut. (7 markah) Jawapan Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut. Antara teknik plot yang digunakan ialah teknik pemerian. Contohnya, pengarang menggambarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang. Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya. Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu. Selain itu, teknik imbas muka juga diselitkan dalam novel ini. Sebagai contohnya, semasa berbual- bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar. Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang. Soalan 2