Posts

Showing posts from January, 2020

Soalan SPM Bahasa Melayu 2019 Kertas 1

BAHAGIAN B: SOALAN 2           Pembuangan sampah adalah salah satu punca pencemaran yang semakin serius pada alam sekeliling kita. Ini disebabkan oleh segelintir masyarakat yang membuang sampah di merata-rata   kerana mereka tidak mahu bergerak jauh untuk ke tempat pembuangan sampah atau tidak mahu membayar yuran penggunaan tapak pelupusan sampah, lalu mereka menceroboh kawasan awam. Selain itu, sikap tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat yang membuang sampah sesuka hati dan tidak bermoral ini boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar.               Di Malaysia, terutamanya kawasan penduduk bandar menyumbang sekurang-kurangnya 1.5 kilogram pembuangan sampah setiap hari, berbanding 0.8 kilogram bagi penduduk luar bandar. Angka ini terus meningkat dengan pertambahan penduduk dan tahap kehidupan rakyat yang semakin baik. Pembuangan sampah sesuka hati bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan manusia bahkan juga turut mengancam hidupan laut. Oleh itu, semua pihak haruslah