Posts
Showing posts from May, 2018
Soalan Tahap 2 Mac 2018
- Get link
- X
- Other Apps
a) Bina Ayat (i) alih-alih Mak Minah menyangka bahawa anaknya sudah pergi ke pasar, alih-alih masih tidur di atas katil. (ii) baik-baik Emak berpesan agar menjaga diri dengan baik-baik ketika berada di perantauan. (iii) duduk-duduk Kakak dan adik sedang duduk-duduk di bawah pokok mangga sambil membaca buku. (iv) hampir-hampir Amirah hampir-hampir dilanggar kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya. (v) jarang-jarang Sejak berpindah ke bandar, abang jarang-jarang pulang ke kampung kerana sibuk dengan tugasan yang diterima. (vi) kira-kira Hari Lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun. b) Cerakinkan Ayat Majmuk Golongan remaja memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa walaupun kebanyakan i